Wednesday, May 15, 2013

KHALIFAH PILIHAN


HAHA.this post pualk untuk kaum adam. REMEMBER PESANAN yg disampaikan nih!
same both as Tajuk muslimah.. haha.
Selamat Membaca. Hopefully u guys dpt isi dia :) #InShaaAllah

Adakah kamu pernah memikirkan siapa yang akan menarik perhatian kamu
untuk dijadikan calon suami wahai kaum hawa?
Itu sebenarnya salah satu fitrah manusia, begitu juga dengan kaum adam.
hrmmmm..tajuk perbincangan kita ini agak menarik.
Wahai kaum adam, sesungguhnya engkau oleh tuhanmu untuk menjadi khalifah
atau lebih dikenali sebagai ketua untuk memimpin.
Sudah terbukti, tanggungjawabmu sungguh berat. Engkau perlu menjaga
dunia, menunaikan perintah Allah serta membimbing kaum hawa.
Jadi, janganlah engkau menjadi makhluk perosak. Janganlah engkau merosakkan dunia,
merosakkan akhlahmu serta merosakkan kaum hawa. bimbinglah kaum hawa untuk mendekati
penciptamu bukan untuk menjauhinya. Ubahlah hatimu untuk lebih mendekati penciptamu. Bersihkanlah
hatimu, jagalah bumi yang telah diamanahkan kepadamu dan bimbinglah kaum hawa.
Sesungguhnya KHALIFAH PILIHAN sukar dicari. Hatinya
untuk Allah, mencari rezki yang halal untuk keluarga, menjaga ibu bapanya,
membimbing kaum hawa, serta pandai menjaga hati orang lain kerana
sesungguhnya Allah akan menjaga hatimu. Jadilah khalifah yang adil, jadilah
khalifah yang bertanggungjawab. Jangan kamu menjadi ulat perosak
yang tidak ada arah tuju. Wahai kaum adam!
pilihlah sama ada kamu memilih syurga ma'wa ataupun neraka jahanam!
Sesungguhnya segala yang kamu lakukan diperhatikan DIA yang maha mencipta

No comments:

Post a Comment