Hi and Assalammualaikum semua.
Pernah tak anda rasa sedih dan teraniaya sangat?
Pernah tak rasa macam sedih, teraniaya sampai timbul rasa
dendam. Means rasa macam... supaya orang yang aniaya kita
tu dapat balasan setimpal? Yes, Balqis tahu bende tu tak baik,
benda tu sahabat syaiton tapi kadang2 kita as manusia tak mampu
untuk elak rasa mcm tu...
I knew that i am not that perfect as a girl, friend or daughter.
But everyday in my life i hope i'll be the best among the best.
Taknak cakap lebih... Cuma nak share yang balqis rasa sedih sangat...
dan tak tahu nak share dengan siapa even my close friends or my mom.
Dah terlalu banyak share sampai satu tahap kita rasa org tak rasa apa
actually yang kita rasa and tak perlu untuk cerita sbb maybe secara
tak sedar akan memburukkan org lain. Ntahlaa... Kadang2 rasa mcm
kenapa Tuhan uji kita seberat ni. Mungkin org lain tak nampak berat
but deeply in my heart i'm hurt. Kadang2 rasa mcm nak undur balik masa
and forget certain people that ever come into my life. Ntahlaaa...
Most of people yang dtg dalam hidup ini tak pernah diundang pun.
Mereka datang dengan sendiri, cari diri ni dan sampai masa mereka pergi.
Kadang2 sampai dah lali dengan situation mcm ni. Dah tak kisah and rasa
bende ni memang rutin kehidupan. But this time... i'm really hurt.
Sebab datang juga tidak diundang TETAPI PERGI DENGAN MENINGGALKAN
HINAAN DAN DRAMA. Like i said before, ramai yang datang dan
pergi dalam hidup ini. Balqis tak pernah kisah pun sebab Balqis tahu
ini semua corak kehidupan dalam dunia ketika kita membesar.
Tapi kali ni rasa sakit hati sangat sampai timbul rasa "Aku harap kau takkan bahagia dan
akan dapat balasan dengan apa yang kau buat". Ya Allah, rasa sedih sangat bila terpikir kenapa
aku jadi orang yang berhati busuk sama seperti orang yang menganiayai diriku itu?
Kenapa aku perlu jadi begini? Kenapa Tuhan uji diriku setabah ini? kerana aku tidak
mampu sehingga timbul rasa dendam dalam hati terhadap apa yang mereka telah
lakukan... persahabatan 5 tahun kau kuburkan dengan hinaan dan penipuan. Kenapa
perlu menipu dan menghina untuk melepaskan diri? It's ok, pergilah kau hidup bahagia
dengan siapa je kau nak BUT WHEN YOU CAME BACK AND TUDUH AKU
PEROSAK HUBUNGAN KORANG DENGAN YOUR GF INSECURE DENGAN AKU,
HASUT UNTUK KAU TAK BERKAWAN DENGAN AKU, BLOCK AKU... Ya Allah,
aku rasa kau betul2 kena rasuk dengan dengan girlfriend kau. Semua yang buruk pasal
gf kau, kau tak nampak or buat2 tak nampak and semua yang buruk pada aku...
Hello brader, mase kau pergi ade aku kacau hidup kau? Aku terus belajar untuk lupa
semua and memaafkan kau. Aku tak pernah sekalipun try contact kau lepas
kau bina hidup baru... Aku tahu hidup mesti diteruskan, Aku ada agama bro, aku ada iman.
TAPI KENAPA KAU HARUS MUSNAHKAN SEGALA USAHA AKU DENGAN CONTACT
AKU BALIK AND TUDUH AKU PEROSAK HUBUNGAN KORANG YANG GOYAH
TIBA2 TU. Hidup aku, dunia aku, twitter aku, it's up to me. KAU DENGAN GF KAU YANG TAK
MOVE ON DARI HIDUP AKU SEBENARNYA. Stalk aku kt semua tempat, pastu bila terasa
cakap aku perosak pulak. Come on laaa, dah cukup banyak kau sakitkan hati aku kenapa kau
nak tambah dengan hinaan dan tuduhan mcm tu. Kau rasa aku takda hati and perasaan ke?
Kenapa perlu datang balik dan tuduh macam2? kenapa perlu buat aku sedih lagi sekali sedangkan
hati ini sedang belajar dan mula mengenal semula erti kebahgiaan dalam kehidupan...
Mudahnya menghina, mudahnya menuduh, mudahnya melupakan persahabatan yang lama
dibandingkan dengan gf kau yang kau baru kenal. Takpelaa...Aku tahu Allah
tahu segala yang aku lalui... Kadang2 aku tak sanggup nak hadapi dugaan ni...
Aku juga tak paham kenapa kau kata kau menyesal kenal dengan aku sedangkan
sepatutnya aku yang ckp bende tu dengan kau... ntahlaaa... semua ni
buat aku rasa seperti aku menyalahkan takdir dan aku rasa berdosa padamu
ya Allah. Aku boleh hadapi dugaan2 Mu sebelum ini tetapi kenapa kali ini
rasanya seperti panah yang mencucuk hati, tersemat rasa dendam, rasa sedih dan
menyalahkan takdir. Balqis harap dugaan ni adalah dugaan terakhir yang berat untuk
Balqis hadapi. Buanglah segala rasa dendam, buanglah segala rasa sakit hati dan sedih
ini ya Allah. Biarlah segala perbuatan mereka terhadapku Ya Allah. Kau lenyapkan
segala rasa yang tidak baik ini. Aku mengharapkan sekeping hati seperti dahulu
yang mudah untuk memaafkan dan meredhakan segala dugaan yang Kau berikan kepadaku.
Kerana sesungguhnya aku tahu yang baik pastinya akan mendapatkan yang terbaik.
Balqis rasa cukup untuk perkongsian kali ini. Terima kasih kerana sudi
membaca dan memahami luahan yang tidak sepatutnya ini. Semoga Allah memberkati kita semua,
dan meluruskan perjalanan hidup kita semua. Jumpa lagi. Doakan Balqis yang terbaik,
Doakan juga supaya org2 seperti mereka belajar menghormati perasaan orang lain dan
doakan Balqis terus berjaya dalam hidup. Amin. Thank you semua. Assalammualaikum :')